top of page
Search

Perlunya kita untuk tidur.



Adakah anda tahu waktu tidur yang disyorkan oleh pakar kesihatan?

Menurut Institut Kesihatan Negara (NIH) pada 2011 yang bertajuk "Your guide to healthy sleep" purata yang disyorkan adalah selama 7-8 jam tidur setiap malam.


RAKYAT MALAYSIA KEKURANGAN TIDUR?

Menurut kajian yang dilakukan oleh AIA yang bertajuk "A more connected life is an emerging threat to Malaysian's health" menunjukkan kebanyakkan purata individu dewasa di Malaysia hanya mendapatkan tidur selama 6.4 jam sahaja.


8 JAM - 6.4 jam = 1.6 jam.


Ini menunjukkan kita kekurangan tidur selama 1.6 jam setiap hari. Jom tidur semua! 😁


Tapi tahukah kita kenapa kekurangan tidur??? Jom kita ambil tahu kenapa warga Malaysia kekurangan tidur.

  • Gadget

  • Ketagihan Internet


  • Tanggungjawab peribadi dan kerja

Kenapa pentingnya mendapatkan tidur yang mencukupi.

  • Otak kita akan berfungsi dengan lebih baik.

    • Kita boleh berfikir, menganalisis dan mengingati sesuatu dengan lebih baik.

  • Keselamatan

    • Mampu mengelakkan kemalangan yang memerlukan kita fokus seperti memandu dan ketika bekerja.

  • Melakukan aktiviti harian/melaksanakan tugasan harian

    • Membolehkan kita melaksanakan dan menjalankan aktiviti atau tugasan kerja dengan lebih baik.

  • Emosi lebih stabil

    • Kita mampu mengawal emosi dengan lebih baik sekaligus membantu kita dalam menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

  • Sistem pertahanan badan

    • Membantu menguatkan sistem imunisasi badan melawan sel-sel tidak badan yang mampu menjejaskan kesihatan badan.

Menurut Institut Kesihatan Negara (NIH) jumlah tidur yang disyorkan berdasarkan kumpulan umur adalah :


Kumpulan Umur

Waktu Yang Disyorkan (Jam/Hari)

Bayi

16 - 18

Kanak - kanak tadika

11 - 12

Kanak - kanak sekolah

Sekurang - kurangnya 10 jam

Remaja

9 - 10

Dewasa

7 - 8

Betulkah cara anda tidur ni ?


Ok anda semua dah bacakan berapa jam waktu tidur yang disyorkan di bahagian atas tadi. Jom saya share 3 tips yang boleh memperbaiki kualiti tidur malam anda. 😉

  • Tetapkan jadual tidur anda. Pastikan kita tidur dan bangun pada waktu yang sama termasuk hujung minggu. Tidur ganti pada waktu hujung minggu akan merosakkan rentak/jadual tidur anda.

  • Sediakan suasana tidur yang sesuai untuk anda. Pastikan bilik tidur senyap, sejuk dan pencahayaan yang minima.

  • Lakukan aktiviti santai sebelum tidur. Dengar muzik yang menenangkan atau membaca sebelum tidur. Baca buku ya bukan baca gadget anda!

Jika anda mengalami kesukaran untuk tidur atau corak tidur yang tidak menentu seperti memerlukan masa yang lama untuk tidur, kerap terjaga ketika tidur, anda seharusnya berjumpa pegawai kesihatan bertauliah untuk mengenal pasti masalah gangguan tidur atau masalah kesihatan yang lain.


Dengan tidur yang berkualiti, anda akan mendapati anda akan lebih cergas dan produktif pada hari berikutnya.


SEMOGA BERMANFAAT.

 
 
 

Commentaires


Post: Blog2_Post
  • Facebook

HNK JAYA TRADING (PG0256872-H)
©2021 by CHEMPAKA.

bottom of page